KENIKMATAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH Sesungguhnya pahala menunaikan solat Subuh dan Isyak dengan berjemaah sama dengan melakukan solat semalam suntuk yang dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api. Sebagaimana hadis riwayat Muslim dan Usman bin Affan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa melakukan solat Isyak dengan berjemaah, maka seolah melakukan solat separuh malam. Dan barangsiapa yang melakukan solat Subuh dengan berjemaah maka seolah melakukan solat semalam suntuk."
Betapa besarnya ganjaran Allah yang menanti bagi mereka yang solat Subuh berjemaah khususnya di masjid.Apakah alasan yang hendak diberikan oleh mereka yang tidak hadir ke masjid di waktu Subuh? Mereka diberi kemudahan motor dan kereta oleh Allah. Mereka diberi tilam yang empok oleh Allah. Masjid melaungkan azan pertama sejak jam 5.00 pagi lagi (azan pertama) untuk mereka bersedia ke rumah Allah. Mereka belum ada urusan lain, yang kerap dijadikan alasan kerana tak mahu ke rumah Allah. Jika kita dihadapkan di depan Allah kelak,dengan alasan bagaimanakah akan kita jawab? Bagi mereka yang tidak datang bersolat berjemaah Subuh di masjid, marilah kita berubah. KERUGIAN ORANG YANG TIDAK SOLAT SUBUH. Berikut adalah kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan solat lain secara berjemaah:
Allah SWT sendiri mengatakan bahawa mereka yang susah untuk solat Isyak dan Subuh adalah orang munafik. Jadi tak susahlah kita hendak kenali orang munafik. Dan kita sendiri dapat mengukur adakah kita ini orang munafik atau tidak. Datangilah masjid-masjid dan surau-surau untuk bersolat Subuh.
|
||
No Copyright:Any organisation or individual wishing to reprint or copy the contents of this website may do so as long as the information is kept in its original form, names of all authors and sources are kept intact and articles are used for non-malicious purposes. An acknowledgement to this site (daawah.com) would be appreciated. |
||