PANDUAN MUSAFIR DAN SOLAH DI DALAM PERJALANAN Setiap orang yang ingin melakukan perjalanan atau bermusafir dengan tujuan yang baik dan dituntut oleh Islam seperti bermusafir kerana menuntut ilmu, melaksanakan sesuatu urusan keagamaan seperti mengerjakan Ibadat Haji, menziarahi keluarga, kenalan atau mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan keluarganya, mereka tergolong di kalangan orang-orang yang menempuh perjalanan yang diredhai Allah, atau dikira beribadat kepada Allah S.W.T . Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: " Barangsiapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan, maka ia adalah dalam perjalanan Allah, sehinggalah ia kembali ".
NIAT Hendaklah niat bermusafir dengan tujuan melaksanakan sesuatu hal yang baik semoga sentiasa diberkati oleh Allah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "
Tidak seorang pun yang keluar dari rumahnya kecuali ada dua panji-panji, salah
satu di antaranya berada di tangan malaikat sedang yang lainnya di tangan
syaitan. Maka jika keluarnya itu untuk sesuatu urusan yang disukai Allah
S.W.T, ia akan diringi oleh malaikat dengan panji-panjinya. Demikianlah ia
akan selalu berada di bawah panji-panji malaikat sampai ia kembali ke
rumahnya. Sebaliknya jika keluarnya itu untuk sesuatu hal yang dimurkai Allah,
maka orang itu akan diiringi oleh syaitan dengan panji-panjinya. Dan
demikianlah ia akan selalu di bawah panji- panji syaitan sampai ia pulang
kembali ke rumahnya ".
Sunat melakukan sembahyang sunat musafir sebelum berangkat. Cara-cara sembahyang sunat musafir. 1. Lafaz niat ketika takbiratul ihram ialah seperti berikut : " Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah "
3. Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
1.
Sunat memulakan musafir pada hari Khamis.. Diriwayatkan oleh Bukhari: 2. Sunat membawa
teman ketika bermusafir. dari Ibnu Umar r.a: Baginda juga selalu membawa barang-barang berikut semasa bermusafir iaitu sebotol minyak, sikat rambut, celak, gunting, kayu sugi dan cermin. 3. Sunat meminta kaum keluarga atau sahabat yang ditinggalkan memohon supaya bertawakkal kepada Allah supaya mendoakan keselamatan kita dalam perjalanan dan musafir. 4. Sunat berdoa ketika keluar berangkat dari rumah. " Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah dan tiada daya maupun tenaga kecuali dengan izin Allah " 5. Jika bermusafir dengan menaiki kenderaan maka sunat pula berdoa : " Segala puji bagi Allah, maha Suci Allah yang telah menjinakkan ( memudahkan ) bagi kami kenderaan ini, padahal sebelumnya kami takkan mampu menguasainya dan sungguh kami nanti akan pulang kembali kepada Tuhan kami ".
Jika jarak musafir atau tempat yang dituju itu lebih dari dua marhalah ( 56 batu atau 91 kilometer ) maka Allah memberikan kemudahan kepada kita untuk menjamak dan menqasarkan sembahyang fardhu.
Sembahyang jamak ialah mengumpulkan dua sembahyang fardhu dalam satu waktu samada jamak Taqdim atau jamak Taakhir. Seseorang yang ingin sembahyang jamak ( Taqdim atau Taakhir ) hendaklah keluar dari rumahnya sebelum masuk waktu zohor ( jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Zohor dan Asar ) atau keluar sebelum masuk waktu Maghrib ( jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Maghrib dan Isyak dari qariahnya.
Jamak Taqdim ertinya mengumpul atau menghimpunkan sembahyang yang kedua di dalam waktu pertama seperti sembahyang Fardhu Asar dalam waktu Zohor dan sembahyang Isyak dalam waktu Maghrib. Syarat-syarat sembahyang jamak Taqdim: 1. Didahulukan sembahyang yang pertama iaitu Zohor, kemudian baru ditunaikan yang kedua iaitu Asar. Begitu juga Maghrib didahulukan, kemudian baru Isyak. Walaubagaimanapun jika diterbalikkan,sah sembahyang jamak tersebut. 2. Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama ( bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah sembahyang selagi belum memberi salam ). Yang afdhalnya dalam Takbiratul Ihram. 3. Mualat iaitu berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan. Jangan diselangi dengan masa yang panjang. Selangmasa yang dibenarkan ialah tidak melebihi kadar masa dua rakaat sembahyang sunat yang ringkas. 4. Masa berkekalan dalam masa musafir hingga Takbiratul Ihram sembahyang yang kedua ( tiada disyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu ). 5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) berkekalan hingga didirikan solat yang kedua ( Asar atau Isyak ). JAMAK TAAKHIR Jamak Taakhir ertinya mengumpul sembahyang yang pertama di dalam waktu yang kedua. Seperti Sembahyang Zohor dilaksanakan di dalam waktu Asar dan sembahyang Maghrib di dalam waktu Isyak Syarat-syarat sembahyang jamak Taakhir: 1. Hendaklah berniat Jamak Taakhir dalam waktu yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) seperti hendak Taakhirkan sembahyang fardhu Zohor ke waktu Asar atau Taakhirkan sembahyang Maghrib ke waktu Isyak iaitu ketika bermulanya masuk waktu Zohor atau Maghrib hinggalah berakhirnya waktu berkenaan. 2. Masih dalam
musafir hingga selesai kedua-dua sembahyang.
SEMBAHYANG QASAR Sembahyang Qasar ialah memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat.
1. Perjalanan atau musafir yang diharuskan oleh syarak atau bukan kerana membuat maksiat. 2. Perjalanan atau musafir yang lebih dua marhala ( 56 batu/ 91 kilometer) 3. Niat sembahyang Qasar semasa Takbiratul Ihram 4. Solat yang terdiri dripada 4 rakaat ( Zohor, Asar, dan Isyak ) 5. Berkekalan musafir ( masih daalam musafir ) sehingga selesai atau sempurna sembahyang. 6. Tidak boleh mengikut orang atau jemaah yang sembahyang secara tamam ( sembahyang yang sempurna empat rakaat ) NOTA : Kalau diikut Imam sembahyang tamam, wajib ditamamkan sembahyang kita. Orang yang sembahyang tamam boleh berimamkan mengikut orang yang sembahyang Qasar.
LAIN-LAIN PERKARA MENGENAI SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR
2. Jika berniat hendak berhenti di satu-satu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh lagi selesai dalam masa empat hari itu maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa tiga hari ( atau hendak berhenti kurang dari tiga hari ) maka boleh qasar dan jamak selama tiga hari itu, selain daripada hari masuk dan hari keluar. 3. Seseorang berniat hendak berhenti terus dari satu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut. Ia tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar kerana ia telah bermukim di situ. 4. Jika ia berhenti di satu tempat ( dalam musafir ) kerana ada urusan yang dijangka selesai dalam masa dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari maka ia boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari. 5. Seseorang bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat tertentu yang dituju tidak boleh sembahyang jamak dan qasar. 6. Seseorang sedang sembahynag qasar dalam kenderaan misalnya, tiba- tiba sampai ke tempat yang dituju yang tidak dibolehkan jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap ) maka wajib disudahkan sembahyang fardhu itu secara tamam ( penuh empat rakaat ). 7. Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dan qasar, maka ia wajib sembahyang tamam ( sempurna ) sepanjang musafir. 8. Jika seseorang keluar dari rumah sebelum fajar hari Jumaat, ia diharuskan mengerjaakan sembahyang Jumaat. Tetapi jika ia keluar selepas fajar pada hari Jumaat, ia wajib sembahyang Jumaat di mana tempat ia mendengar azan semasa ia bermusafir. CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut:
2. Apabila turun di
Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang
semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqadatkan. LAFAZ NIAT Lafaz Niat Sembahyang Qasar serta Jamak 1. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taqdim
Selepas itu terus sembahyang Asar
Selepas itu terus sembahyang Asar
3. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taqdim
Selepas itu terus sembahyang Isyak
4. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taakhir
Selepas itu terus sembahyang Isyak
|
||
No Copyright:Any organisation or individual wishing to reprint or copy the contents of this website may do so as long as the information is kept in its original form, names of all authors and sources are kept intact and articles are used for non-malicious purposes. An acknowledgement to this site (daawah.com) would be appreciated. |
||