KESUNGGUHAN DAN
KEKEMASAN DALAM MELAKSANAKAN IBADAT
- Jika anda pernah berada
dalam majlis yang didakan dengan kehadiran Sultan, apakah yang akan anda
alami atau dapat lihat. Semua hadirin berpakaian kemas (bahkan ada yang
seragam), pakaian baru, misai, rambut dan janggut dirapikan, kasut
dikilatkan, bau-bauan dipakai, cara berjalan ditertibkan, cara bercakap
dilembutkan, tidak bercakap yang bukan-bukan, cara duduk dikemaskan, tidak
ada satu perkara yang bising dilakukan hinggakan jika jarum jatuh mungkin
kedengaran, mata tajam memandang ke hadapan, setiap aturcara dilalui
dengan penuh khusyuk dan sebagainya. Semua orang tak mahu melakukan
kesilapan.
-
-
- Itu majlis mengadap
manusia yang dijadikan pemimpin. Bagaimana pula sikap kita pada majlis
mengadap Tuhan kepada manusia. Baik pada majlis mengadap sendirian maupun
pada majlis mengadap di masjid atau surau.
- Bagaimana pakaian kita?
- Adakah berlebih kurang
sahaja?
- Bagaimana bau badan yang
manusia sendiri memekupkan hidungnya?
- Bagaimana gerakan dalam
solat kita?
- Adakah secara lebih
kurang sahaja, tidak sekemas kita mengangkat sembah kepada raja. Orang
Kedah kata angkat tangan untuk takbir pun cara ‘lohleh’. Menyebut
takbir pun macam orang nak mati atau secara lebih kurang tidak seperti
menyebut ‘Ampun Tuanku…’ Cara bangkit dan gerak dalam solat
bagaimana? Adakah sekemas cara bangkit dalam majlis di raja?
- Cara duduk bagaimana
pula.?
Adakah tidur ketika khatib
berkhutbah sedangkan terbeliak biji mata bila mendengar titah diraja. Dan
sebagainya. Memang baik dan dituntut kita beradab di mana-mana majlis pun.
Tetapi kadangkala kita lupa bahawa di majlis mengadap Allah sepatutnya
kita lebih beradab dan menunjukkan kesungguhan kita kerana kita mengadap
Allah tuhan kita meskipun majlisnya tidak penuh warna warni dan gilang
gemilang. Cukuplah kalau kita dapat bersedia mengadap Allah seperti mana
kita bersedia mengadap pemerintah negeri walaupun sepatutnya lebih dari
itu.
|