CARA UNTUK MENDAPATKAN
IMAN
-
Banyak orang menyangka ia
orang beriman. Tetapi bila diuji keimanan mereka oleh Allah menerusi
solat, ibadat, kesusahan, penyakit dan sebagainya, ternyata mereka
sebenarnya tidak beriman yang sebenar. Mereka menyangka mereka beriman
kerana mereka beriman secara keturunan. Bapanya Islam, maka dia pun Islam.
-
-
Iman perlu diusahakan
untuk memperolehinya. Bagaimanakah hendak mendapat Iman?
-
-
-
-
-
-
-
1.Melalui
mujahadatunnaf
-
-
-
Mujanadatunnaf ialah
berjuang melawan hawa nafsu jahat dan melawan bisikan syaitan yang
sentiasa mengajak dan mendorong kita ke jalan kejahatan.
-
Latihan-latihannya adalah
melalui 3 peringkat iaitu:
-
a ) Takhalli : Takhalli
ialah berusaha berjuang membuang segala sifat-sifat jahat atau
membersihkan jiwa kita daripada sifat jahat atau mazmunah
-
b) Tahalli : Tahalli ialah
mengisi jiwa kita dengan sifat baik (Mahmudah). Setelah kerja pembersihan
selesai kita isi pula wadah (jiwa dan hati) dengan perkara baik.
-
c) Tajalli : Peringkat
Tajalli ialah peringkat merasa nikmat meninggal atau membuang sifat jahat
dan merasa nikmat mengisi atau melakukan sifat baik serta merasa keagungan
dan kehebaan Allah. Orang yang dapat membuang sifat-sifat jahat dan dapat
pula menghiasi dirinya dengan sifat baik, Allah akan singkap hatinya dapat
merasa nikmatnya beribadah dan nikmat sentiasa mengingat Allah dan
sentiasa ingin membuat kebaikan.
-
-
2. Cara atau
peringkat kedua ialah melalui mengerjakan amalan sunat.
-
Terutama
sembahyang sunat khususnya di waktu malam (sembahyang tahajjud). Selain
daripada amalan sembahyang sunat ialah puasa sunat, berdoa, baca Al Quran
dan sebagainya.
-
-
3. Cara dan
peringkat ketiga untuk mendapatkan iman ialah melalui tafakur.
-
Tafakur atau berfikir atau merenung ialah salah satu cara mendapatkan
iman. Khususnya merenung dan berfikir akan kebesaran Allah dan kehebatan
serta hikmah sesuatu yang dijadikan oleh Allah sama ada berbentuk benda
(alam, muka bumi, bintang dan lain-lain) dan juga kejadian-kejadian ke
atas diri kita seperti nikmat dan ujian. Semuanya mempunyai hikmah yang
kalau kita renungkan akan mendapat iman.
-
-
Jelaslah bahawa iman perlu
diusahakan untuk mendapatkannya. Susah payah pasti akan diharungi.
Pengorbanan perlu dilakukan. Siapa yang memperolehi iman secara mudah,
contohnya seperti orang Melayu yang memperolehi iman secara keturunan,
biasanya amat mudah pula mereka merosakkannya. Siapa yang memperolehi iman
secara susah payah,maka dipeliharanya iman mereka.
- CARA MEMELIHARA IMAN
-
- Iman perlu dipelihara
kerana ia akan dirosakkan oleh nafsu dan syaitan. Dengan itu ada orang
beriman yang kemudiannya jadi tidak beriman kerana imannya telah
dirosakkan. Cara memelihara iman:
- 1.Mengawal iman supaya
tidak rosak. Iman boleh rosak menerusi Iktiqad seperti meragui hadis Nabi,
meragui hukum dan undang-undang Islam dan sebagainya.
- Perkataan atau ucapan
seperti menghina Rasulullah, tidak yakin hukum Allah dan sebagainya.
Perbuatan seperti melakukan perbuatan syirik, memohon pertolongan kepada
selain dari Allah.
-
- 2.Menjaga Iman
- Iman yang telah ada pada
kita kena dikawal dengan beberapa sifat diri kita.
- Yakin pada agama Allah dan
perintahnya Ikhlas dalam melakukan amalan. Contohnya solat hendaklah atas
niat taat kepada Allah bukan kerana menunjuk atau kerana malu atau kerana
dipaksa. Selalu melakukan amalan sunat Istiqamah dalam ibadat. Ibadat yang
kita lakukan hendaklah berkekalan, bukan dikerjakan secara bermusim, atau
bila lapang baru buat. Beramal dengan penuh tertib dan khusyuk.
|