|
SEPULUH SEBAB DOA
TERTOLAK
- Kamu mengenal Allah, tetapi
kamu tidak tunaikan hak-Nya.
- Kamu berkata bahawa kamu cinta
kepada Rasullah s..a.w. tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu telah membaca AL-Quran,
tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu telah makan nikmat-nikmat
Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
- Kamu telah berkata bahawa
syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu telah berkata bahawa
syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu telah berkata bahawa
neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
- Kamu berkata bahawa mati itu
benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
- Kamu bangun dari tidur, lalu
kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu
sendiri.
- Kamu kebumikan mayat-mayat
sahabat kamu, tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pengajaran) daripada
mereka
|