1. Sabda
Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan
kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
2. Sabda
Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan
Ramadan bulan umatku.
3.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
4. Malam
awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Puasa
sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari
dilipatgandakan pahalanya.
6. Puasa 3
hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia
ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
7. Puasa 4
hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang
besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
8. Puasa 5
hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan
Rejab, keluar kubur bercaya muka.
9. Puasa 7
hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
10. Puasa 8
hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
11. Puasa 9
hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH
SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
12. Puasa
10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas
Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
13. Puasa
16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan
orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa
19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai
Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20
hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan
bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
17. Puasa
pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan
pahalanya.
18. Orang
yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap
hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
19. Sesiapa
bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu
darjat, dihapus seribu kejahatan.
20. Setiap
sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti
ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu
bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan
Allah.
21.
Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana
kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
22. Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun
oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
23.
Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70
kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api
neraka.
24. Sesiapa
berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib
hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan
kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah
`arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia
atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab
Raudatul Ifkar)
25.
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika
disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa
melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab
dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa
berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga),
seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar
tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada
jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf
(ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
REJAB bulan
menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan
menuai.
REJAB menyucikan
badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan
rohnya
REJAB bulan
taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala
amalan.