Click for home
Home Back

Malam Lailatulqadar

Doa khusus pada malam tersebut diterangkan di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagaimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut.” Maksud doa: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.”

 Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting adalah disebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.

2.   Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

3.   Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

 Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

 Tanda Malam Lailatulqadar :

Para alim ulamak menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

·                Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.

·                Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.

·                Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

·                Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w : "Carilah malam Lailatul Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempuh sepuluh hari terakhir di dalam bulan Ramadan."

10 hari terakhir bermula dari 6hb hingga 15hb Disember. Malam 6, 8, 10, 12 dan 14 Disember adalah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Marilah kita memperbanyakkan ibadah untuk mencari keredaan Allah SWT.

No Copyright:Any organisation or individual wishing to reprint or copy the contents of this website may do so as long as the information is kept in its original form, names of all authors and sources are kept intact and articles are used for non-malicious purposes. An acknowledgement to this site (daawah.com) would be appreciated.

Home | webmaster@adcipta.net | Blog