|
AIDIL
FITRI – Antara ibadah dan adat
Hari
Raya Aidil Fitri akan menjelang kembali. Ia disambut berulang-ulang pada
tiap-tiap tahun dan disyariatkan oleh Allah s.w.t. untuk Umat Islam
merayakannya. Ianya disambut menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan
mereka melaksanakan fardu puasa sepanjang bulan Ramadan dan menandakan
kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara
yang ditegah di dalam bulan puasa.
Rasulullah
pernah bersabda yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa itu dua
kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan
mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.”
Umat
Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai
jenis amal bakti yang diredai oleh Allah s.w.t. di antaranya sembahyang Hari
Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain
lagi.
Kemuliaan
Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di
dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat digalakkan untuk
menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban.
Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran, ertinya: “Dan
supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu
membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat
petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”
Kemuliaan
Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda “Barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya
Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan
mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang kafir yang ingkar pada
hari kiamat.”
Daripada
hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara
yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang
beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya
mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah SWT hasil daripada amal-amal
kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan.
Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa
pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan
seburuk-buruk balasan.
Terdapat
juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari
Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: “Barangsiapa
menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan
amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak
akan mati seperti hati orang-orang kafir.”
Umat
Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai
bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan
di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Maksudnya :”Hiasilah
Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.” dan daripada Anas r.a.:”Hiasilah
kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban
dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.”
Walaubagaimanapun
kekeliruan terhadap Aidil Fitri di kalangan umat Islam menyebabkan hari ibadah
sudah bertukar menjadi tradisi, hampir menyamai tradisi kaum lain yang
menyambut hari raya mereka yang merupakan pesta atau majlis hiburan.
Marilah kita hidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah bukan dengan gelaktawa dan hiburan. Bergembira di hari raya selalu disalah ertikan. Kita sepatutnya gembira dengan menunjukkan kesyukuran dan membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid. Bukan dengan muzik dan bunyian mercun. Bagi meyambut hari kebesaran
ini, ramai yang bertakbir tetapi tidak ramai yang berusaha menghayati
lafaz-lafaz dalam takbir dan tahmid itu walaupun diulang-ulang setiap kali
tibanya hari raya. Penghayatan dan kemanisan lafaz-lafaz itu tidak dapat
dirasai.
Maksud takbir :
"Allah
maha besar. Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali
kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan
yang menyekutukan Allah.
|
|||
No Copyright:Any organisation or individual wishing to reprint or copy the contents of this website may do so as long as the information is kept in its original form, names of all authors and sources are kept intact and articles are used for non-malicious purposes. An acknowledgement to this site (daawah.com) would be appreciated. |
|||