RINGKASAN HAJI
1. Pengertian Haji/Umrah Dan Bila
Difardukan
Haji pada syarak mengunjungi
Baitullahil Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan
wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala
wajib-wajibnya.
Pengertian Umrah
Umrah pada syarak
menziarahi Baitullahil Haram kerana mengerjakan tawaf dan saie dengan menurut
syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Bila Difardukan
Difardukan pada tahun
lima hijrah, tetapi mula dilaksanakan oleh para sahabat dalam tahun ke 9
Hijrah dan Rasulullah menunaikannya pada tahun ke 10 Hijrah yang dinamakan
"Hajjatul Wada".
2. Dalil Wajib Haji
Dan Umrah
Firman Allah
bermaksud:"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan
mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan
sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji) maka sesungguhnya Allah
Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun dari sekian makhluk)" Surah Al-Imran
Ayat
Firman Allah
bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
Surah Al-Baqarah Ayat 96
Firman Allah
bermaksud: "Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat
haji, nescaya mereka akan datang (ke rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan
menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan
(ceruk rantau) yang jauh supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang
mendatangkan berbagai faedah kepada mereka serta mengingati dan menyebut nama
Allah pada hari-hari yang tertentu".
Maksud hadis dari Ibnu
Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Islam itu dibina di atas 5 perkara
mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat,
berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah"
Maksud hadis dari
Saidina Ali R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda "Sesiapa yang memiliki harta
benda dan kenderaan untuk menyampaikan ke Baitullah tetapi tidak mengerjakan
haji maka bila ia mati akan menjadi sebagai Yahudi atau Nasrani".
3. Hikmah Dan
Kelebihan Haji
Mendapat Balasan Syurga
Maksud hadis dari Abu Hurairah R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda "Haji yang mabrur tidak ada balasan kecuali
syurga"
Riwayat Bukhari dan Muslim
Diampunkan Dosa
Maksud hadis dari Abu Hurairah R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda "sesiapa yang menunaikan haji dan tidak
melakukan kefasikan ataupun perbuatan yang fasik akan diampunkan dosanya
seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya".
Doa Dimakbulkan
Maksud sabda Rasulullah S.A.W.,
"Jemaah haji dan jemaah umrah adalah tetamu Allah. Doa-doa mereka
dimakbulkan dan bila memohon keampunan diampunkan".
Mendapat Gandaan Pahala
Maksud sabda Rasulullah S.A.W,
"Mengeluarkan perbelanjaan untuk menunaikan haji adalah sama seperti
mengeluarkan perbelanjaan fisabillah 1 dirham itu diganda dengan 700
dirham".
4. Falsafah Haji
- Perhimpunan tahunan. Sebagai
lambang perpaduan dan satu haluan umat Islam. Meraka bertemu bagi tujuan
merapatkan hubungan dan bekerjasama dalam semua urusan harian.
- Manusia adalah sama di sisi Allah
dengan tidak mengira samada raja, hamba atau kaya atau miskin. Allah hanya
memandang kepada amalan dan ketakwaan.
- Mempelajari pengorbanan sepertimana
yang berlaku dalam sirah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail.
- Mempelajari dari latihan menjaga
pantang larang dalam Ihram sebagai contoh untuk dilaksanakan di dalam
kehidupan seharian:-
- Buat perkara yang baik boleh
mengundang berkat, buat perkara yang jahat boleh mengundang musibat.
- Buat perkara yang baik boleh
mendapat rahmat, buat perkara yang jahat boleh mendapat laknat.
- Buat perkara yang baik boleh
mendapat pahala, buat perkara yang jahat boleh mendapat dosa.
- Buat kerja yang baik bermakna buat
kerja halal, buat kerja jahat bermakna buat kerja yang haram.
- Buat kerja yang baik adalah
perbuatan maaruf, buat perkara yang jahat itu adalah perbuatan mungkar.
- Buat perkara yang baik bermakna
buat perbuatan yang terpuji, buat perkara yang jahat bermakna buat
perbuatan yang tercela.
- Buat perkara yang baik boleh
menguntungkan, buat perkara yang jahat boleh merugikan.
- Buat perkara yang baik mendapat
balasan syurga, buat perkara yang jahat balasannya neraka.
5. Kelebihan Tanah Suci Makkah
- Tempat bersejarah, tempat lahirnya
Rasulullah S.A.W
- Tempat turunnya wahyu.
- Tempat menunaikan fardhu haji.
- Sabda Rasulullah S.A.W
- "Sesiapa yang meninggal di
Makkah samada jemaah haji atau jemaah umrah tidak akan dikira atau ditanya
dan ia akan dimasukkan di syurga"
- Dajjal tidak masuk Kota Suci
Makkah.
6. Kelebihan Masjid Makkah
- Sembahyang berganda dengan gandaan
100,000 kali ganda.
- Adanya Baitullah di mana ganjaran
pahala yang besar bila melakukan tawaf kelilingnya.
- Kiblat umat Islam seruluh dunia
bertuju arah semasa sembahyang.
- Ada tempat-tempat mustajab seperti
Multazam, Hijir Ismail dan maqam Ibrahim.
7. Kelebihan Air Zam-Zam
- Sebaik-baik air di muka bumi.
- Air minuman yang mengenyangkan.
- Penawar segala penyakit.
- Menjadi ubat mengikut niat.
8. Talbiah
Bertalbiah iaitu menyahut seruan Allah
atau pengakuan atau pembuka kata dan pembuka tirai serta ikrar, iltizam,
komitmen perjanjian dan berkata-kata atau berdialog dengan Allah.
Hadith-hadith Rasulullah:-
Hadith dari Zaid bin Khalid Al Jahni r.a
telah datang Malaikat Jibril dan berkata: wahai Muhammad ajaklah
sahabat-sahabat kamu untuk mengangkat suara mereka bertalbiah kerana talbiah
itu adalah syiar atau lambang haji.
Riwayat Ibni Majah.
Hadith dari Sahal bin Saad r.a. sabda
rasulullah S.A.W. "bila setiap muslim bertalbiah maka akan bertalbiah
bersama-samanya mereka yang berada di sebelah kanan dan kirinya samada batu
atau pokok-pokok sepanjang perjalanan dari sini dan sana. Riwayat Tarmizi dan
Ibni Majah.
Hadith dari Saidina Abu Bakar As Sidiq
r.a. Rasulullah S.A.W telah ditanya apakah amalan haji yang mulia. Baginda
menjawab iaitu bertalbiah dengan suara yang nyaring dan menyembelih bintang
korban.
Riwayat Tarmizi, Ini Majah dan Abu Zarr
Hadith dari Jabir bin Abdullah r.a.
Sabda Rasulullah "setiap mereka yang berihram bila menghabiskan masanya
bertalbiah hingga tenggelam matahari maka akan tenggelam jugalah dosa-dosanya
atau hapuslah atau bersihlah dosa-dosanya dan balik bersih seperti baru
dilahirkan oleh ibunya".
Riwayat Ibni Majah