1. Kurang
berdoa
Kurang berdoa
semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung
ialah
-
Saidul
(penghulu) Istighfar
-
Doa
memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
-
Doa
memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
-
Doa agar
anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa
semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak
membesar ialah
-
Doa agar
anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
-
Doa
diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
-
Doa
supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya
2. Banyak
memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)
seperti :
-
menakutkan
anak-anak dengan sekolah
-
menakutkan
dengan tempat gelap
-
menakutkan
dengan hutan rimba atau bukit bukau
-
menggunakan
kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Tidak tegas
dalam mendidik anak-anak. Ttidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan
terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil
kira perasaan mereka.
4. Menegur anak
secara negatif. Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak
(terutama semasa marah) dan membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau
anak orang lain.
5. Memberi
didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan
minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari
pendidikan rohani
6. Kurang
memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat
mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a.
Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda Berkata
Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku
belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada
Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan
dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Penampilan
diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara
berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah,
iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Susunan
rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan
cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kurang
menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah
bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah jawab salam
dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Tidak
menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam,
merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kurang
mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan
orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut
didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Bertengkar
di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci
salah seorang dari ibubapanya.
13. Membenarkan orang yang
tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat
sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan berikan contoh yang tidak
baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kurang mengawasi
rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan
dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini
menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan
perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh
merosakkan agama anak-anak.
15. Terlalu bergantung kepada
pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan
disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu
kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan
Islam.